Kemurungan
Punca spesfik kepada masalah kemurungan masih tidak diketahui. Tetapi perkara ini boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk genetik dan faktor persekitaran.
Daripada kajian yang ada, pesakit yang mengalami kemurungan di awal kanak-kanak adalah lebih disebabkan keadaan persekitaran berbanding keturunan. Mungkin keadaan dalam keluarga ataupun sekolahnya yang menyebabkan kemurungan itu berlaku.
Tetapi bagi mereka yang mengalami kemurungan ketika remaja ataupun dewasa, ia lebih kepada kemurungan yang berkaitan dengan faktor genetic :
- Genetik (Keturunan)
Mereka yang mempunyai adik beradik, ataupun ibubapa yang mengalami penyakit kemurungan akan mempunyai 3 kali ganda risiko untuk mendapat masalah tersebut juga. Tetapi ini tidak bermakna mereka yang tidak mempunyai sejarah keluarga dengan masalah kemurungan tidak akan mempunyai masalah tersebut. - Stress/Tekanan
Rasa stress ataupun kehilangan seseorang yang disayangi boleh menjadi faktor risiko untuk penyakit kemurungan berlaku. Mereka yang sudah dewasa dan mempunyai penyakit yang membawa kepada kecacatan ataupun ketidakmampuan untuk mengurus diri akan menyebabkan rasa tidak berguna dan mereka boleh menjadi murung.
Beberapa faktor psikososial lain yang boleh memberi tekanan kepada pesakit juga adalah:
- Kurangnya sokongan masyarakat
- Bebanan untuk menyara keluarga
- Keseorangan
- Kematian seseorang yang disayangi
Bunuh Diri
Kemurungan menjadi perkara utama kepada 1/2 daripada percubaan untuk membunuh diri. Pesakit yang mempunyai penyakit kemurungan dan tidak dirawat mempunyai kebarangkalian 20% untuk melakukan cubaan bunuh diri.
Risiko untuk melakukan cubaan bunuh diri:
- Mempunyai penyakit kemurungan (Major depressive disorder)
- Sejarah percubaan untuk membunuh diri sebelum ini
- Mempunyai penyakit yang kronik
- Kurang sokongan masyarakat dan keluarga
- Keseorangan
- Bercerai
- Kebimbangan yang sangat banyak
- Mempunyai perancangan untuk membunuh diri
- Telah membuat latihan untuk membunuh diri
Simptom atau tanda-tanda penyakit kemurungan
Pesakit perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 5 simptom dibawah selama 2 minggu:
- Mood yang tertekan
- Kurang atau hilang minat pada perkara ataupun aktiviti yang disukai sebelum ini
- Perubahan berat badan yang sangat ketara
- Rasa letih atau tidak bersemangat
- Rasa diri sudah tidak berharga
- Kehilangan kebolehan untuk fokus dalam sesuatu perkara
- Pemikiran berkenaan kematian yang berulang-ulang dan membuatkan dia rasa untuk membunuh diri
***Kesemua simptom ini menyebabkan gangguan dalam pekerjaan dan juga hubungan dengan masyarakat.