PENGENALAN DAN PANDUAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU ISLAM
Pengenalan Perubatan Tradisional Melayu Islam
Pengenalan Tradisional Melayu adalah satu kaedah Rawatan yang dipraktikkan dan diamalkan oleh orang-orang Melayu di Nusantara berabad-abad dahulu.
Pada masa dahulu kaedah menggunakan bacaan-bacaan mantera , jampi serapah berunsurkan Hindunism atau Buddha ataupun animisme.
Namun setelah masyarakat Nusantara memeluk agama Islam Maka kaedah perubatan melayu sebahagian besar telah mengikut kaedah islamik dari segi bacaan doa , iktikad dan niat.
Panduan Perubatan Tradisional Melayu Islam
Kaedah rawatan Perubatan Melayu pada dasarnya ialah rawatan menggunakan sumber alami atau bahan semula jadi. Manakala doa dibacakan berpandukan ayat-ayat Al-Quran dan hadis/sunnah mengikut keperluan pesakit. Maka jadilah ianya kaedah Perubatan Tradisional Melayu Islam. Dalam apa jua tradisi dan keadaan pesakit kita disuruh oleh Agama untuk Berusaha , Berdoa dan Bertawakal.