Histeria

Apa Itu Histeria?

Kita boleh lihat kes histeria ini dalam 2 sudut yang berbeza. Menurut sudut pandangan pakar perubatan, histeria ialah satu istilah dimana beberapa gejala psikologi seperti berhalusinasi, kehilangan akal fikiran dan kelakuan emosi yang diluar pengawasan diri.

Histeria adalah gangguan mental yang berpunca daripada kebimbangan yang melampau. Pesakit kehilangan kawalan ke atas tindakan, emosi dan ia biasanya disertai dengan sawan secara tiba-tiba dan seterusnya tidak sedarkan diri.

Walaupun penyakit ini boleh berlaku pada kedua-dua jantina, namun umum mengetahui histeria sering berlaku dalam kalangan wanita muda antara umur empat belas hingga dua puluh lima tahun.

Mengikut sejarah, histeria berasal dari perkataan Greek hystron yang bermaksud rahim. Osler pakar psikiatri yang terkenal mentakrifkan histeria sebagai “suatu gangguan kepada wanita muda, di mana ianya mengganggu emosi serta mengawal badan dan membawa kepada gangguan mental, deria dan fungsi secretory.”

Simptom Histeria

Seseorang yang mengalami histeria biasanya akan berkelakuan pelik seperti tiba-tiba membuat kelakuan menggoda, terlalu ikutkan emosi, tidak dapat bertoleransi dengan baik dan hal ini mungkin disebabkan tubuh badan mereka yang lemah kerana terlalu kecewa atau terlalu banyak berfikir sehingga mengganggu kestabilan emosi yang normal.

Ada juga dimana orang yang terkena histeria menjadi hiper emosi. Dia akan meluahkan perasaan berlebihan seperti menangis dan tantrum dengan gejala tambahan seperti:

  • Kekejangan yang teruk dan berat pada anggota badan.
  • Tekanan dan sakit kepala
  • Gigi terkancing
  • Bengkak leher
  • Rasa sesuatu di dalam tekak
  • Tertawa atau menangis tanpa sebab

Dalam kes-kes yang teruk, gejala-gejala mungkin terasa kuat dan menyakitkan seperti tidak sedarkan diri, pergerakan yang ganas, degupan jantung yang pantas dan lebih parah, seseorang akan merasa kejang.

Neurosis Histeria

Neurosis histeria adalah sejenis neurosis dan selalunya memanifestasikan dirinya dalam bentuk tindak balas emosi yang ditunjukkan seperti tiba-tiba menangis, ketawa, menangis yang keterlaluan, serta hyperkinesia yang menyusut, kehilangan kepekaan, halusinasi, kelumpuhan sementara, pengsan, dan sebagainya.

Jantung histeria terletak pada peningkatan kognitif dan hipnosis diri seseorang serta keinginan untuk menarik perhatian orang lain.

Punca Histeria

Penyebab histeria yang paling biasa adalah penindasan seksual, tabiat pemikiran yang bertentangan dan kemalasan. Faktor keturunan juga memainkan peranan penting, bahkan latar belakang keluarga dan latihan emosi yang salah ketika masih muda adalah penyebab utama. Keadaan emosi seperti mental, ketegangan, tekanan, ketakutan, kebimbangan, kemurungan, trauma dan penyakit yang berpanjangan.

Tekanan kerja biasanya dibawa ke rumah, di mana ianya akan mengganggu rumah tangga. Apabila anda dapat menangani tekanan anda sebaiknya, secara tidak langsung, anda juga dapat menghalang diri anda dari mendapat histeria.

Orang yang mungkin mengalami keadaan ini dinasihatkan untuk mengelakkan situasi yang sangat tertekan. Diagnosis histeria tidak boleh dibuat dengan hanya memandang seseorang yang mempunyai masa histeris, tetapi memerlukan ujian medik tertentu yang perlu dilakukan sebelum diagnosis dijalankan.

Histeria Dari Sudut Ilmu Ghaib

Masyarakat umum fahami histeria adalah gejala kerasukan iaitu gangguan makhluk halus atau jin. Malangnya perkataan histeria digunakan secara sebarangan. merangkumi pelbagai simptom termasuklah simptom-simptom yang tergolong dalam diagnosis yang merbahaya jika tidak dirawat segera seperti skizofrenia, kemurungan atau bipolar.

Kalau diikutkan kamus Dewan, histeria juga dimaksudkan sebagai selap bermaksud hilang akal seperti tidak sedarkan diri, pengsan, pitam dan lain-lain kerana kerasukan. Maka gejala psikosis, serangan panik, amuk, pengsan, sawan (epilepsi) dan sebagainya boleh dikira histeria. Ianya sangat merbahaya dan merisaukan.

Untuk seorang pesakit yang berhalusinasi seperti melihat lembaga ghaib atau mendengar suara halimunan, rawatannya samada doktor atau pengamal pengubatan muslim.

Rawatan ini bergantung kepada tahap kepercayaan dan pengetahuan pesakit itu atau keluarganya terhadap punca-punca kesihatan mental yang merudum.

Lebih menarik, sang doktor tidak boleh mengatakan ini bukan pengaruh jin dan sang ustaz juga tidak boleh pasti bahawa ini tiada kena mengena dengan faktor biologi atau psikologi kerana masing-masing hanya tahu bidangnya sendiri.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rawatan, sila klik link di bawah