Minyak Gosok Halia Bara

RM40.00

Sesuai untuk kegunaan luar sahaja . Antara khasiatnya berperanan untuk membuang segala angin dibadan lebih lebih lagi diperut akibat masuk angin .

Category:

Halia bara mempunyai rizom (batang bawah tanah) berwarna merah dan coklat kemerahan, bentuk yang sama seperti halia kuning. Isi halia ini berwarna kuning, mempunyai rasa yang lebih pedas dan bau yang lebih kuat berbanding halia kuning dan putih.
Selain itu, halia ini mengandungi nutrisi yang tinggi iaitu karbohidrat (50-70%), lipid (3-8%), terpenes (zingiberene, 𝛽-bisabolene, 𝛼- farnesene, 𝛽-sesquiphellandrene, and 𝛼- curcumene) dan kompound fenolik (gingerol, paradols, and shogaol).

Berbanding halia biasa, halia bara telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional dan sebagai rempah ratus dalam masakan. Batangnya digunakan untuk merawat sakit perut, rizom (batang bawah tanah) untuk merawat sakit kepala dan daun digunakan sebagai pewarna dalam masakan iaitu pewarna kuning.
Kompound fenolik dari halia ini mempunyai khasiat yang baik untuk badan. Ia dapat merawat dan mengurangkan pelbagai jenis penyakit.
Halia bara boleh mengurangkan radang akut dan kronik. Radang akut berlaku secara tiba-tiba dan teruk tetapi radang kronik adalah radang yang berlanjutan untuk tempoh masa 3 bulan atau lebih.
Gastrik adalah penyakit radang yang berlaku pada dinding perut. Asid dalam perut akan mengikis lapisan dinding perut disebabkan mukosa pada dinding tersebut sudah menipis. Halia bara dapat membantu mengurangkan masalah radang ini dan melegakan ketidakselesaan perut.
Kompound atau bahan yang terdapat dalam halia ini iaitu gingerol mempunyai antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini penting untuk melawan radikal bebas yang cuba merosakkan sel-sel dalam badan sehingga terjadinya penyakit-penyakit.