Saka
DEFINISI SAKA
Saka ditakrifkan sebagai PUSAKA iaitu dengan membawa maksud segala harta benda yang ditinggalkan oleh seseorang yang telah meninggal dunia untuk diwarisi oleh ahli keluarganya atau keturunannya.
PUSAKA juga tidak terbatas kepada harta dan pemilikan sahaja, malah meliputi segala sesuatu yang diwarisi turun temurun seperti adat istiadat dan barangan kuno sesuatu keturunan seperti keris, pedang, alat perhiasan seperti cincin dan gelang serta pakaian dan sebagainya. Saka juga boleh memberi definisi leluhur yakni nenek moyang sebelah ibu ataupun baka leluhur daripada kedua-dua belah ibu dan bapa.
BAGAIMANA SAKA DIWARISI ?
Persoalan ini sering timbul di kalangan masyarakat tentang perwarisan saka . Antaranya:
- Secara sedar
Waris kebiasaannya mewarisi atas kerelaan hati dalam keadaan sedar dan juga diterangkan kegunaan ilmu serta pantang larang dan juga ritual pemujaan. - Secara tidak sedar
Saka juga boleh diwarisi dalam keadaan tidak langsung apabila ada individu menyerahkan sesuatu simbolik kepada warisnya. Barang-barang simbolik itu biasanya terdiri dari jenis senjata seperti kerambit, pedang dan keris. Perhiasan seperti cincin dan gelang dan juga alat perbomohan seperti bekas kemenyan, tangkal dan azimat. - Melalui mimpi
Terdapat juga orang yang mewarisi saka melalui mimpi. Contohnya menerima sesuatu barang seperi cincin dan diajar membaca mentera tertentu dalam mimpi tersebut.
PUNCA DAPAT SAKA
- Saka dari pengamal perubatan ilmu sesat
Iaitu mereka yang berubat pesakit dengan bantuan khadam jin . Jin seperti ini ada perjanjian dan jamuan yang perlu diberi setiap bulan . Apabila perawat tersebut meninggal , maka jin tersebut akan mencari tuan yang baru seperti dalam perjanjian. - Saka dari keturunan penyembah animisme
Iaitu penyembah alam seperti matahari , bintang , bulan , pokok , batu dan binatang . Hakikatnya mereka menyembah penunggu yang menjaga benda tersebut maka jin itulah yang berdamping dengannya . Apabila penyembah tersebut meninggal maka akan turun ke anak cucu & cicit. - Saka tumpangan
Seseorang yang tidak sedar bahawa dia mempunyai tumpangan jin yang diperolehi dalam keadaan yang tidak disengajakan seperti terkena sampok selepas balik dari hutan , mandi air terjun , terpijak barang , melalui kubur , melalui pokok besar dan sebagainya sehinggalah seseorang itu jatuh sakit dan berakhir dengan kematian . Maka makhluk tersebut akan turun kepada keturunan yang dikehendakinya. - Saka ajaran bathil / salah
Ada individu yang suka menuntut ilmu salah , contohnya ilmu kebal , ilmu susuk , ilmu besi , ilmu badang , ilmu tembus bathin dan sebagainya . Hakikatnya mereka terdamping dengan khadam ayat atau barang yang ditanamkan ke dalam badannya . Apabila beliau meninggal dunia maka pendamping tersebut mencari tuan barunya. - Saka dari amalan tiada bersanad guru
Sebahagian ilmu amalan , tarikat , ilmu kebathinan dan sebagainya mempunyai ijazah amalan dan baiahnya supaya mereka benar-benar menjadi ahli dalam beramal. Jadi apabila mereka meninggal dunia maka segalaamalannya tidak boleh diwariskan kepada orang lain melainkan setelah mendapat keizinan beramal.
Jika ada yang beramal dengan tanpa keizinan , ini akan menjadi masalah kepada pengamal tersebut yang membawa kepada gangguan pendamping jahat yang inginkan bertuan. maka pengamal tersebut ditimpa musihat dan sakit lalu meninggal dunia . makhluk tersebut bukan setakat itu sahaja , malah akan perlu mencari tuan yang baru daripada darah dagingnya sendiri. - Saka belaan
Orang terdahulu mereka kurang didikan agama dan sebahaagian mereka terpaksa mengambil penjaga dirinya ( khadam jin ) . Maka apabila berada di dalam hutam , di dalam laut , hutan , tempat merbahaya dan sebagainya maka khadam tersebutlah yang menjaganya . Sehinggalah tuannya meninggal duna maka anak cucu menjadi mangsa. - Yang di sihir
Pesakit yang terkena sihir boleh menyebabkan kematian Jin Sihir yang ada pada arwah tersebut sebahagiannya tidak hilang bahkan akan mencari mangsa seterusnya daripada keturunan arwah sehingga ke anak cucu cicit . - Saka azimat dan tangkal
Sesiapa yang memilik azimat dan tangkal maka mereka mempunyai khadam . Apabila pesakit itu mati maka khadam yang berada dalam azimat dan tangkal itu keluar dan mencari tuan baru.
JENIS- JENIS SAKA MENURUT MASYARAKAT MELAYU
- Saka hantu raya
Jin yang dipelihara untuk mendapatkan kekuatan luarbiasa. Individu yang membela saka ini mampu melakukan sesuatu pekerjaan yang berat yang tidak dapat dilakukan oleh orang biasa tanpa bantuan sebarang peralatan. - Saka Hantu
Saka ini jenis pelesit yang digunakan untuk menjaga tuannya dan boleh dijadikan khadam untuk tujuan jahat untuk mengganggu orang lain. Saka ini sering mengganggu wanita hamil dan wanita berpantang serta juga anak-anak kecil. - Saka Buaya
Jin yang menyerupai bentuk seekor buaya untuk memberi kelebihan kepada tuannya untuk menjinakkan dan mengawal buaya. Ia juga digunakan sebagai khadam untuk mencari mayat orang yang lemas di sungai ataupun mayat manusia yang mati diserang buaya, disamping itu ia juga digunakan sebagai pengangkutan. - Saka Harimau
Jin yang dibela menyerupai seekor harimau yang ditugaskan menjadi khadam menjaga rumah,kebun atau tanah. Ia juga digunakan untuk menjaga keturunan pemiliknya daripada ancaman musuh yang jahat. - Saka bomoh atau saka tukang urut
Khadam jin yang digunakan turun temurun untuk membantu tuannya merawat penyakit mental atau fizikal. Sebelum merawat, saka ini akan merasuk kedalam tuannya dahulu untuk proses rawatan. - Saka Bidan
Khadam jin yang digunakan untuk membantu proses kelahiran bayi dan hal-hal masalah kewanitaan. - Saka Hantu Laut
Khadam jin yang dibela dan tinggal di kawasan laut dan pinggir pantai. Digunakan untuk menjaga keselamatan semasa belayar dilautan untuk membantu tuannya mengetahui lokasi lubuk ikan dan menghalau ikan supaya masuk ke dalam pukat. - Saka Pendekar
Khadam jin yang digunakan untuk seseorang itu menjadi handal dalam seni bela diri dan berlawan dalam pertarungan. Individu ini menjadi handal tanpa mempelajari ilmu seni bela diri dengan sendirinya disamping menjadikannya seorang yang digeruni dan di hormati. - Saka penjaga Keturunan
Khadam jin ini berfungsi untuk menjaga keturunan daripada diganggu, dikhianati, dianiayai oleh musuh sama ada dikalangan manusia ataupun dikalangan jin itu sendiri. Saka ini menjelmakan diri sebagai lelaki atau dalam bentuk yang menakutkan. Situasi ini menyebabkan musuh menjadi takut dan menjauhkan diri daripada individu yang ‘dijaga.