Sihir Santau

Sihir Santau merupakan salah satu sihir yang dikenali sebagai”tuju-tuju”.Ia juga merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang di guna pakai untuk meracuni musuh.

Peringkat awalnya, bagi mereka-mereka yang terkena serangan sihir santau ini akan mengalami penyakit batuk yang berpanjangan, walaupun telah banyak mengambil ubat-ubatan moden.

Santau ini ada kalanya tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ-organ dalaman pada mangsa. Tetapi Sebenarnya, mangsa yang terkena serangan santau ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sekiranya membuat  rawatan dengan segera.

Ada tiga jenis bahan-bahan utama yang selalu digunakan bagi penyediaan racun santau ini.Kebiasaannye Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda yang gatal (miang), bisa dan pedih.

👉Bahan Bisa – ianya boleh diperolehi daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak, puyu, obor-obor, bisa getah ipoh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

👉Bahan Miang/Gatal – diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni dan ulat bulu yang masih hidup. Kebiasaannya Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal-gatal di tekak, manakala seluruh badannya akan terasa bisa-bisa yang amat menyakitkan.

👉Bahan Pedih – (melukakan) yang boleh menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kulit telur ayam dan bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Jenis-jenis sihir Santau ini terbahagi kepada beberapa bahagian..
👉Santau Makan/Minum..
Ramuan santau ini kebiasaannya akan dimasukkan ke dalam makanan ataupun minuman secara zahir oleh manusia mahu pun secara ghaib dengan menggunakan pendamping (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

👉Santau Angin..
Ramuan santau angin ini ‘dituju’ kepada mangsa dari jarak jauh, samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghaib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

👉Santau Tuju..
Santau tuju ini kebiasaanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam yang bertaraf tinggi. Santau  ini juga amat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta atau sekurang-kurangnya penyakit yang parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju ini biasanya diritualkan pada waktu tengah malam bagi tujuan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

👉Santau Langkah..
Santau langkah ini pula ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau tersebut seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaitan di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat mahupun tempat niaga. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Tanda-Tanda bagi yang Terkena Santau:
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
👉Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
👉Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
👉Sakit tulang belakang terutamanya menjelang waktu Maghrib.
👉Sakit sesak nafas terutamanya waktu Maghrib.
👉Lenguh seluruh anggota badan.
👉Kuku menjadi hitam dan nafas berbau busuk.
👉Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
👉Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh ataupun ulat bulu.
👉Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
👉Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
👉Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
👉Sentiasa sakit pada tulang belakang.
👉Bawah mata kebiruan (Seperti orang yang tak cukup tidur).

Bagi individu yang merasakan permasalahan seperti ini dan memerlukan khidmat bantuan untuk menyelesaikan permasalahan masing-masing, boleh cuba menghubungi PUSAT RAWATAN AL-MALIK ditalian untuk sebarang pertanyaan dan urusan temujanji rawatan berdepan atau rawatan jarak jauh.

PUSAT RAWATAN TRADISIONAL ISLAM
WARISAN TRADISIONAL KLANG

hot line : 0176300672

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *