SUMBANGAN BAGI PEMBANGUNAN PONDOK DARUL KIFALAH

KAMI MENCARI PEWAQAF TANAH SELUAS 4 HINGGA 5 EKAR BAGI MEMBINA PUSAT PENJAGAAN ANAK YATIM & PENGAJIAN TAHFIZ BERKEMAHIRAN

Antara pengisian di dalam Pusat Pembangunan Pondok kami :

  • Silibus Pengajian Tahfiz
  • Silibus Ilmu Agama & Akademik
  • Silibus ilmu Kemahiran
  • Silibus Persilatan
  • Silibus Pengajian Kitab Turath
  • Silibus Pengkomputeran
  • Silibus Perubatan Islam
  • Kursus / Seminar kesedaran
  • Daurah Kitab

LATAR BELAKANG PONDOK DARUL KIFALAH

Pondok Darul Kifalah diasaskan oleh Tuan Guru Syekh Buya Shamsudin Bin Hj Ismail dan Mudir Pondok adalah Al-Fadhil Ustaz Zainuddin Bin Mohd Khalid lepasan Universiti Al-Azhar bahagian Usuluddin syukbah tafsir & dakwah. Buat masa ini Pondok ini berpusat di Meru , Klang .

Masih dalam usaha  untuk membina 2 buah Pondok Darul Kifalah ( Bangunan lelaki & perempuan ) . Pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang perlu di bina yang memerlukan DANA serta bantuan dari masyarakat di samping sebahagian dari hasil rawatan kami yang akan di sumbangkan kepada pembangunan Pondok ini.

Jadi , pihak pengurusan Pondok Darul Kifalah memerlukan bantuan yang mencukupi untuk mendirikan bangunan dan kelengkapan rumah kebajikan Anak Yatim & Pusat Tahfiz bagi Fasa pertama :

Firman Allah Taala :

“ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai  ( hakikat ) kebajikan dan kebaktian ( yang sempurna ) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi . Dan Sesuatu apa jua yang kamu dermakan , maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui “

Surah Ali Imran : ayat 92

SILA KLIK DIBAWAH UNTUK MENYUMBANG

Bagi yang berhajat untuk menyumbang bulanan / menghadiahkan TANAH WAQAF sila  berhubung dengan pihak pengurusan Pondok Darul kifalah atau terus klik dibawah :