SUMBANGAN BANTUAN BAGI PESAKIT ASNAF / KURANG BERKEMAMPUAN UNTUK BERUBAT

Di sini Kami mempunyai  pesakit yang tidak berkemampuan untuk berubat disebabkan masalah kewangan , fakir miskin , anak yatim , tidak bekerja , ibu tunggal , terlalu banyak berhutang dan sebagainya .

Dalam masa  yang sama :

1.Kami tidak mendapat Waqaf Rawatan dari mana-mana  pihak.

2.Kami tidak menerima Dana dari mana-mana  pihak dan perseorangan.

3.Kami tidak menerima GERAN TAHUNAN dari kerajaan /NGO.

4.Kami tidak menerima sumbangan dari mana-mana pihak.

Dan kami juga  perlu menyara makan minum  ahli keluarga , membayar sewa beli kenderaan , rumah , pendidikan anak , kebajikan dan pengurusan dan sebagainya .

Justeru kami mohon belas  kasihan dan  ihsan dari pihak tuan puan yang membaca tulisan ini agar dapat  membantu mana-mana pesakit yang tidak mampu tetapi sangat berhajat datang berubat di sini.

Kos perubatan minimun dari kami sebanyak RM100 termasuk barang.

Daripada Abu Hurairah R.A Bahawa Nabi S.A.W  bersabda , “ Sesiapa  yang melapangkan seorang Mukmin daripada kesusahan dunia ,Maka Allah melapangkan daripada kesusahannya di hari Kiamat … “

( Sahih Muslim , No. Hadith 2699 )

Jom menderma !! Dengan menekan tombol dibawah :

Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan, boleh tekan butang di bawah