Tabib Ustaz Ferdaus Nordin
Nama saya Muhammad Ferdaus Bin Mohd Nordin. Gelaran panggilan dalam persilatan Timbalan Datok Mahaguru dan dalam perubatan Tabib Ustaz Ferdaus.
Bermula berguru dari tahun 2010 hingga kini dalam persilatan Pertubuhan Seni Silat Pencak Gayong Kifalah Malaysia.
Ilmu perubatan pula bermula 2012 hingga kini selepas 2 tahun berguru dalam persilatan. Mula berminat dalam ilmu perubatan selepas mengikuti Tuan Guru Syekh Buya dalam membantu merawat pesakit yang di sihir dan hampir membunuh diri. Alhamdulillah selepas dirawat oleh Tuan Guru pesakit sembuh. Di situlah bermulanya minat dalam ilmu perubatan demi membantu masyarakat dan ahli keluarga sendiri jika mengalami sakit yang tak dapat dirawat secara moden.
Jika anda semua berminat ingin Bersilat atau Perawat boleh lah hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.
BERSILAT BERAMAL BERUBAT
BERUSAHA BERDOA BERTAWAKKAL
BERSERAH DAN MENGHARAP HANYA PADA ALLAH