Tabib (H)Dr. Ustaz Zainuddin Bin Mohd Khalid

Nama diberi ialah Tabib Ustaz Zainuddin . Dilahirkan di Ijok , Batu Kurau Perak . Kemudian dibesarkan di Petaling jaya . Mendapat Pendidikan awal di SK & SRA Taman Medan PJ , Madrasan Irsyadiah Ad-Diniah , Bagan Datoh & SAMTTAR , Sg Manggis , banting selangor .

Melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar , Mesir pada tahun 2001 – 2007 dalam Bidang Usuluddin Syukbah Tafsir Wa Ulumihi cawangan Tanta.

Berkecimpung dalam dunia perubatan sejak berada di Mesir ( 2004 ) dalam bidang Perubatan Islam , Bekam , Gurah , Refleksologi & akupuntur .

Berkecimpung lagi dalam ilmu perubatan Urut Badan & Batin ( 2007 ) , Hipnoterapi ( 2011 ) , Homeopathy 2012 , kiropraktik ( 2012 ).

kini telah membuka Pusat Rawatan Warisan Tradisional Islam di Klang , Selangor .

Alhamdulillah dengan izin Allah sehingga kini telah merawat ribuan pesakit dari sekecil- kecil kes sehinggalah sebesar-besar kes ( 2004 – Kini 2022 ) .

pengalaman dari pesakit yg dipapah , berkerusi roda , pengsan dan sebagainya memang cukup-cukup menginsafkan kita sebagai hamba Allah tidak ada apa-pun pun , hanya pinjaman dan boleh diambil bila-bila masa sahaja . Jadi hargailah ni’mat Iman , islam & kesihatan kita .

Sesungguhnya sebagai perawat tidak mampu untuk sembuhkan penyakit melainkan Hanya Allah yg kita sangat berharap . Kami hanya sebagai medium / perantara sahaja dengan berbekalkan ilmu , amalan & pengalaman .

Pesakit juga berhak berusaha mencari perawat yg dipercayai untuk dirawat sehingga sembuh .

Segala yang baik & kesembuhan hanya datang dari Allah sebaliknya yg kurang / lemah datang dari diri saya sendiri .

Hampir setiap hari saya mendoakan agar pesakit yg datang kepada kami agar cepat sembuh dan kembali normal.

Nasihat saya , jika anda sakit dan telah berusaha untuk mencari perawat namun belum pulih sepenuhnya , hadirlah ke sini untuk membuat temujanji rawatan . kami akan bantu anda sehabis baik dengan ilmu perubatan yang kami ada .

” Berusaha – Berdoa – Bertawakkal “

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rawatan, sila klik link di bawah