Tuan Guru Syekh Buya Shamsudin Bin Haji Ismail At-Thobibi Al-Mujarrobi
Nama saya ialah Shamsudin Bin Hj Ismail . Saya digelar sebagai Tuan Guru Syekh Buya Shamsudin B Hj Ismail At-Thobibi Al-Mujarrobi.
Di dalam bidang persilatan saya dikenali sebagai Datok Mahaguru Toh Bentara Sri Alam Mahaguru Shamsudin B Hj Ismail .
Bermula menceburi bidang persilatan dan kebatinan pada usia seawal 12 tahun . Pada usia 14 tahun telah dilantik sebagai Jurulatih Kanan dan mengajar beberapa gelanggang silat . Pada usia 33 tahun telah dilantik sebagai Datok Mahaguru menggantikan mantan Mahaguru yang telah meninggal . Saya membawa 2 aliran dalam persilatan iaitu Seni Silat Pencak Gayong Kifalah Malaysia ( ilmu asli silat Ghaib ) dan Silek Balam Harimau Lalok .
Manakala dalam bidang perubatan telah menceburkan diri dalam usia 15 tahun . Minat dalam bidang perubatan timbul apabila selalu melihat datuk – datuk dan nenek melakukan rawatan tradisional kepada orang kampung . Hadir satu perasaan seronok dan puas melihat pesakit yang sembuh daripada kesakitan . Oleh itu kini saya telah mengumpulkan beberapa orang perawat dibawah pimpinan saya didalam Pertubuhan Pengamal Perubatan Warisan Tradisional Malaysia dengan harapan dapat memberi sumbangan dan bantuan kepada semua lapisan masyarakat. Saya juga berusaha berkongsi ilmu dalam bidang perubatan dengan masyarakat melalui penulisan-penulisan saya berbentuk buku – buku ilmiah .
Selain itu saya juga menubuhkan Pondok Darul Kifalah di Meru, Klang untuk menyampaikan ilmu-ilmu warisan Bangsa Melayu dan mendidik anak-anak bangsa kembali kepada asal usul .
Harapan saya semoga usaha saya dan jemaah dipermudahkam oleh Allah Taala dan sama- sama kita semua mendapat rahmat dari Allah Taala .
Akhir kata marilah bersama-sama dengan kami berjemaah.