Urut

KELEBIHAN URUT

  1. MELANCARKAN DARAH, MEMBANTU PENYERAPAN NUTRISI DAN OKSIGEN KE SEKURUH TUBUH DENGAN LEBIH SEMPURNA.

    Urutan satu badan dapat melancarkan peredaran darah dan memperbaiki sistem tubuh. Apabila peredaran darah lancar maka oksigen dan nutrisi pemakanan mudah sampai ke seluruh badan yang seterusnya akan membuatkan badan menjadi lebih segar, tubuh terasa ringan, meningkatkan daya tahan penyakit (imunisasi tubuh) dan membantu proses penyembuhan penyakit dengan lebih efektif.

  2. MENINGKATKAN PEMBAKARAN DAN MENINGGIKAN KADAR METABOLISMA TUBUH

    Biasanya selepas berurut tubuh akan cepat berasa lapar dan dahaga. Kerana urutan dapat meningkatkan pembakaran dan kadar metabolisma tubuh.

  3. MENGEMBALIKAN FLEKSIBILITI OTOT KE TAHAP YANG OPTIMUM.

    Antara sebabnya adalah duduk statik pada posisi yang lama seperti menghadap komputer kerana membuat kerja-kerja ofis atau memandu.

    Apabila kita berada dalam satu posisi dalam keadaan statik dalam satu jangkamasa yang lama, maka otot akan mudah menjadi tegang. Kerana otot memang sifatnya memerlukan pergerakan.
    Antara masalah yang kerap menyerang adalah masalah sakit pinggang, sakit belikat, lenguh tengkuk, sakit bahu dan sakit belakang. Untuk masalah yang lebih teruk lagi akan turut melibatkan masalah kebas-kebas tangan dan kaki.

  4. MENAMBAHKAN KEKUATAN OTOT

    Berurut juga turut membantu untuk meningkatkan kekuatan otot. Ini kerana otot yang mempunyai pengaliran darah yang baik akan mempunyai kekuatan yang stabil.

  5. MENGURANGKAN MASALAH ANGIN

    Jika anda selalu terasa perut berangin atau sebu, maka urutan adalah cara yang bagus untuk menolak angin tersebut keluar. Kadangkala masalah angin juga boleh menyumbang kepada sakit kepala, malah masalah seperti ini juga biasa berlaku kepada penghidap penyakit gastrik.

  6. MERANGSANG PENGELUARAN HORMON ENDORFIN- ANTI STRESS

    Yang paling mudah untuk diilihat ialah wajah akan kelihatan sentiasa kelihatan tertekan dan kerap mengalami sakit-sakit badan akibat otot yang mudah menegang.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan rawatan, sila klik link di bawah